Di United Kingdom, beras putih biasa long grain rice pula harganya 45p bagi setiap kg. Harga 45p itu sama dengan RM2.43 satu kg.
Tuan-tuan dengar baik-baik ok – di United Kingdom mereka bayar RM2.43 sahaja bagi 1 kg beras putih long grain rice.
Tuan-tuan orang Melayu – di seluruh Malaysia ini tidak ada sebarang jenis beras pun yang di jual dengan harga RM2.43 satu kilo.
Paling murah pun adalah beras putih kualiti murah dengan harga RM2.90 / kg di Tesco.
Saya pernah melihat orang Cina yang menjadi volunteer di animal shelter beli beras murah RM2.90/kg ini untuk dimasak diberi makan kepada anjing.
- Tetapi di United Kingdom mereka hanya perlu bayar RM2.43 /kg untuk beli beras putih biasa jenis long grain.
- Di United Kingdom mereka hanya bayar RM6.28 /kg beras basmathi long grain.
Jadi tuan-tuan orang Melayu dengar baik-baik ok.
Sebenarnya dari segi pendapatan, dari segi gaji bulanan, dari segi pendapatan wang dan duit, tuan-tuan semua sudah boleh menandingi purchasing power atau kuasa membeli yang sama tanding dengan United Kingdom dan Eropah.
Sebenarnya tuan-tuan sudah lama mampu membeli dan memberi makan beras dan nasi yang berkualiti (seperti beras basmati dan beras putih long grain) kepada anak bini dan seisi keluarga. Dari segi financial capacity, tuan-tuan dan anak bini serta seisi keluarga sudah lama mampu merasai standard of living atau quality of life yang jauh lebih baik.
Kenapa saya sebut begitu?
Sebab you are already paying the same prices as the UK.
Di UK mereka pun bayar kurang lebih RM6.28 sen untuk beras.
Di Malaysia tuan-tuan pun membayar kurang lebih RM6.00 untuk beras.
Tapi RM6.28 di UK boleh dapat beras basmathi.
Tapi di Malaysia RM6.28 tak boleh bau pun beras basmati.
Beras kualiti kokak boleh lah.
Realitinya tuan-tuan sudah berpendapatan tinggi tetapi hidup low quality.
Realitinya walaupun berduit tuan-tuan hidup macam orang miskin.
Realitinya tuan-tuan dipaksa menjadi pengemis.
Kenapa? Why?
Sebab dalam negara kita segalanya dimonopolikan kepada golongan kaya.
Segalanya di oligopolikan kepada syarikat GLC kepunyaan kerajaan.
Segalanya di AP-kan, dilesen-kan, dipermit-kan kepada golongan orang kaya.
Perniagaan beras di kawal ketat, diletakkan berbagai syarat gila.
Kononnya untuk ‘menghapuskan taukeh Cina orang tengah yang menghisap darah orang Melayu’.
Kepala bapak penipu depa.
Mereka hanya membohongi tuan-tuan.
Tuan-tuan kena bangun tidur.
Taukeh Cina orang tengah niaga beras sudah tidak ada.
Perniagaan beras sudah berpuluh tahun dikawal oleh kerajaan Melayu dan kroni businessman Melayu.
Tuan-tuan orang Melayu perlu bangun tidur ok.
Negara kita ini susah dan tuan-tuan hidup susah sebab tuan-tuan ini susah nak faham banyak perkara, termasuk perkara kecil yang sepatutnya mudah difaham, seperti membuat perbandingan harga barang dengan negara lain.
The Malay people seem to have serious difficulty in making simple money calculations and money comparisons.
Sebab itulah orang Melayu begitu mudah ditipu oleh golongan kaya Melayu, golongan politik Melayu, golongan korporat Melayu, golongan ostard penipu Melayu, geng Dr Mahathir dan kroni2 nya.
(Satu lagi contohnya harga RM5.3 BILLION untuk memasang 30,000 tiang lampu di sepanjang lebuhraya Utara Selatan. Maksudnya kos bagi setiap batang tiang lampu adalah RM176,000.00 !! Padahal kos sebatang tiang lampu (Made in China) hanya sekitar RM1,300 sahaja. Kenapa orang Melayu tak faham dan tidak tahu membuat perbandingan harga yang simple macam ini. Please wake up.)
Tuan-tuan akhir kalamnya adalah begini :
Di UK gaji minima adalah kurang lebih £4.00 bagi satu jam.
Maksudnya dengan bekerja selama satu jam sahaja, seorang pekerja gaji minima atau minimum wage worker di UK itu mampu membeli 3.5 kg beras basmati atau 9.0 kg beras putih biasa.
1 kg beras boleh dimasak untuk dimakan oleh 10 orang (saya tahu sebab saya pernah niaga katering nasi briyani).
Jadi gaji minima satu jam sahaja boleh memberi makan 35 orang (beras basmati) atau 90 orang (beras putih).
Inilah sistem ekonomi negara Barat yang kononnya dikuasai Yahudi yang sering dikutuk oleh Dr Mahathir.
Di negara Barat, sistem Yahudi membenarkan mereka merasai standard of living atau kualiti penghidupan yang jauh lebih baik tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.
Di negara kita pula sistem Yahudi Melayu mengemiskan dan memiskinkan orang, terutama sekali orang Melayu, yang menzalimi manusia dengan harga yang jauh lagi mahal bagi kualiti hidup yang jauh lebih rendah.